Akaun afabiz.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kursus Kahwin Batu Caves (Face to face/Bersemuka)

Kursus Kahwin Batu Caves (Face to face/Bersemuka)

Adakah anda . . .

  • Anda nak nikah, tetapi anda & pasangan masih BELUM ADA sijil kursus kahwin ?

    • Anda nak akad nikah, tetapi anda & pasangan TAK TAHU KAT MANA nak ambik kursus kahwin dan dapatkan sijil kursus kahwin yang SAH, BERTAULIAH dan SIJIL YANG DITERIMA OLEH SEMUA NEGERI DI MALAYSIA?

      • Anda nak buat majlis perkahwinan, tetapi anda dan pasangan TAK TAHU MACAM MANA CARANYA nak memohon kelulusan perkahwinan dari Jabatan Agama Islam?

        • Anda nak kahwin, tetapi anda tak tahu 'DOKUMEN WAJIB' apa yang anda & pasangan kena sediakan untuk memohon kelulusan nikah? 

          • Anda hendak nikah, tetapi anda dan pasangan ada HALANGAN ? Contohnya - pasal wali, pasal saksi, dokumen tak cukup, nak nikah dengan warga asing atau pening dengan proses nikah rentas negeri?

            • Anda tak tahu kat siapa anda boleh RUJUK kalau anda ‘BUNTU’ atau pening-pening sewaktu anda hendak isi borang dalam sistem online untuk memohon kelulusan pernikahan anda?


            Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?

            Tahukah anda bahawa sejak tahun 2008 lagi, kami adalah PENGANJUR KURSUS KAHWIN BERTAULIAH (dari JAWI & JAKIM) untuk kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya).

            Setiap tahun, kami dah bantu puluhan ribu muda-mudi, pasangan atau bakal pengantin dengan khidmat kursus kahwin ini.

            • Kami bantu mereka DAPATKAN sijil kursus kahwin.

              • Kami bantu mereka dapatkan SOLUSI kalau mereka ada halangan nak memohon kelulusan nikah.


              Kini, giliran anda & pasangan pula . . .

              ___________________________________________________________________________________________________


              Tahukah Anda Yang . . .

              • Kursus kahwin pada waktu ni TAK LAMA - 1 hari setengah saja (13 jam wajib)

                • TIADA UJIAN LISAN atau TIADA UJIAN BERTULIS sewaktu kursus kahwin berlangsung. Anda cuma perlu DUDUK & DENGAR sahaja. 

                  • Malah ada 3 KALI MAKAN-MAKAN. Jadi, anda tak perlu dah nak keluarkan duit lain nak makan-makan.

                  ___________________________________________________________________________________________________


                  Laku Ke Sijil Kursus Kahwin Ni?

                  Kalau anda belum tahu:

                  • Sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput.

                  • Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU seumur hidup.

                  • Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU untuk digunakan di seluruh Malaysia – tidak kira di mana-mana negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri.

                  • Sijil kursus kahwin ini DIIKTIRAF oleh JAWI dan JAKIM.


                  ________________________________________________________________________________________________


                  Kat Mana?  

                  (Untuk menampung jumlah peserta yang lebih ramai, lebih keselesaan dengan kemudahan MESIN ATM, penganjuran Kursus Kahwin Manjalara telah bertukar lokasi ke kawasan Batu Caves)


                  Kursus Kahwin Batu Caves 








                  Lokasi Kursus Kahwin

                  Kursus kahwin ini berhampiran Gombak yang mana ianya amat sesuai jika anda berada di kawasan Batu Caves, Selayang, Taman Sri Gombak, Taman Melati, Taman Gombak Setia, Gombak, Greenwood, Sentul, Setapak tak kira Kuala Lumpur atau Selangor kerana JAIS (Selangor) pun terima sijil kursus kahwin JAWI.

                  Ianya berdekatan dengan GIANT BATU CAVES, stesen minyak, dan banyak kedai makan di sekelilingnya.


                  JARAKNYA hanyalah 1 km lebih sahaja dari Shell Taman Sri Batu Caves (selepas Giant) ke masjid Saidina Hamzah.

                  Di tepi masjid ada restoran atau BISTRO RAMLY BURGER dan mesin ATM dalam kawasan masjid.


                  NOTA PENTING:

                  Kursus kahwin ini berlangsung dalam dewan ceramah yang berasingan dari dewan solat. Jadi, tiada masalah bagi peserta perempuan untuk hadir berkursus di sini walaupun berada dalam keadaan uzur (dalam haid).


                  Alamat penuhnya:

                  Dewan Ceramah Masjid Saidina Hamzah
                  Jalan 6/12C, Kampung Batu Muda
                  51100 Kuala Lumpur

                  Cukup mudah anda nak jumpa menggunakan GOOGLE MAPS atau WAZE dengan menaip “Masjid Saidina Hamzah”.

                  PARKING yang luas dalam kawasan dan di sekeliling masjid.


                  WAZE - taip Masjid Saidina Hamzah.


                  NOTA PENTING: Peserta perempuan yang uzur atau berada dalam haid jangan risau - no problem, boleh hadir. Kerana kursus kahwin dalam dewan ceramah.


                  _______________________________________________________________________________________


                  Tarikh Kursus Kahwin Yang Available

                  Pada waktu ini, kursus kahwin dibenarkan dianjurkan hanyalah pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, setiap minggu.

                  Setiap 1 sesi kursus kahwin hanyalah 1 hari setengah sahaja (kursus kahwin TAMAT pada pukul 2 petang pada hari Ahad)

                  Untuk tarikh tepat dan jumlah seat yang avaialable (real time), anda boleh lihat atau daftar "di bawah sekali pada laman web ini".
                  ____________________________________________________________________________


                  Waktu Atau Masa Kursus Kahwin

                  Sabtu dan Ahad (1 hari setengah sahaja):

                  Hari 1

                  • 8.00 – 8.50 pagi – Serahkan borang pendaftaran kursus kahwin dan salinan ic, ambil file dan buku serta sarapan (sarapan disediakan).

                  • 9.00 pagi – taklimat ringkas dan kursus kahwin akan bermula sehingga jam 6.30 petang (makan tengahari disediakan)
                  • 6.30 petang - para peserta bersurai.

                  (Ada break antara topik, waktu sarapan dan rehat serta makan-makan pada waktu tengahari)


                  Hari 2 (Ahad)

                  Kursus kahwin bermula jam 8.30 pagi dan TAMAT pada jam 2 petang (ada makan pagi jam 10 pagi).

                  (Ada break antara topik dan ada waktu makan pagi)
                  ____________________________________________________________________________


                  Berapa Yuran Tu?

                  Yuran yang telah ditetapkan oleh JAWI adalah RM120 untuk setiap peserta.

                  Ianya sudah ‘all in’ – sudah termasuk 3 kali makan-makan, buku Gerbang Perkahwinan, proses sijil kursus kahwin, 7 orang tenaga pengajar dan lain-lain (kecuali caj pos/courier kalau nak kami poskan sijil ke mana-mana alamat seluruh Malaysia - caj sekali hantar tak kira berapa sijil).

                  Tiada caj tambahan dan tiada caj tersembunyi.
                  ___________________________________________________________________________

                  Apa Kata Bekas Peserta-Peserta Kami?





                  _____________________________________________________________________________________________________



                  Apa Yang Anda Perlu Sediakan Apabila Hadir Kursus Kahwin Nanti ?

                  Kami akan maklumkan kepada anda (melalui Whatsapp) supaya anda dapat menyediakan beberapa perkara sebelum hadir ke kursus kahwin nanti:

                  1. Print out proof of payment atau gambar resit pembayaran

                  2. Satu salinan IC (depan/belakang)

                  3. Facemask

                  4. Borang kursus kahwin (akan diberikan oleh Admin melalui e-mail).

                  5. Apps MySejahtera



                  NOTA PENTING - peserta yang tidak sihat, demam, batuk atau ada tanda-tanda (gejala) yang meragukan tidak akan dibenarkan masuk atau sertai kursus kahwin.

                  _________________________________________________________________________


                  Nak Pakai Macam Mana Bila Hadir Kursus?

                  Senang. Ikut macam ni je.

                    Peserta lelaki - kasual dan sopan. Dilarang pakai cap, topi, subang, gelang, rantai atau pakai jeans lusuh

                    Peserta perempuan - sopan dan tutup aurat. Wajib bertudung. Paling bagus kalau berbaju kurung atau berjubah. Dilarang pakai seluar dan pakaian ketat.

                      Jangan lupa, tau?
                      ___________________________________________________________________


                      Bila Tamat Kursus Kahwin, Bilakah Saya Akan Dapat Sijil Kursus Kahwin Saya?

                      Setelah anda masuk atau sertai kursus kahwin, sijil kursus kahwin akan dikeluarkan oleh JAWI selepas 3 hari bekerja.

                      Apabila sijil kursus kahwin sudah siap dan sudah ada di ofis kami, kami akan segera maklumkan kepada semua peserta yang terlibat melalui WhatsApp.


                      Macam Mana Saya Nak Ambil Sijil Kursus Kahwin Saya?

                      Setelah sijil kursus kahwin anda siap dan sudah berada di ofis kami, anda boleh ambil sijil kursus kahwin anda dengan 3 cara berikut:

                      1.  Anda boleh datang ambil sendiri setelah anda menerima Whatsapp dari kami. Ofis kami dibuka 5 hari seminggu (Selasa, Rabu dan Khamis, Sabtu dan Ahad):

                      + Selasa, Rabu dan Khamis: 10 pagi hingga 4 petang

                      + Sabtu: 10 pagi - 5 petang

                      + Ahad:  10 pagi - 1 tengahari

                      (Waktu rehat ofis - jam 1-2 petang)

                      Manakala Isnin, Jumaat dan cuti umum - ofis kami tidak beroperasi.

                      Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).


                      Atau,

                      2. Anda boleh gunakan wakil untuk ambil sijil kursus kahwin anda.  Bawa resit kursus kahwin anda (print out atau gambar).


                      Ataupun,

                      3. Anda boleh gunakan khidmat courier yang kami telah sediakan. Ianya sesuai sekiranya anda tinggal jauh atau tak cukup masa untuk datang ambil sijil kursus kahwin anda.

                      Nota:

                      Perkara ini akan diterangkan dalam kursus kahwin nanti.
                      ________________________________________________________________________________________


                      Soalan Lazim

                      Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin tanpa pasangan?
                      A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi atau bakal pengantin yang telah hadir sertai kursus kahwin walaupun hadir tanpa pasangan.

                      Q. Bolehkah saya hadir ke kursus kahwin walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin.
                      A. Boleh. Tiada masalah. Ramai muda-mudi yang masih solo atau belum ada tarikh nikah telah sertai kursus kahwin dan telah mendapat sijil kursus kahwin. Sijil kursus kahwin kan tak expired. Simpan dan gunakannya bila anda dah sampai jodoh nanti.

                      Q. Bolehkah warga asing sertai kursus kahwin dan mendapat sijil kursus kahwin?
                      A. Boleh. Untuk warga asing yang ingin melaksanakan pernikahan di Malaysia, mereka boleh sertai kursus kahwin ini dan mendapat sijil kursus kahwin. 

                      Q. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh warga asing untuk sertai kursus kahwin?
                      A. Mereka perlu membawa MyPR, MyKAS atau passport serta 1 salinannya.
                      _______________________________________________________________________


                      Kenapa Ye Ramai Pasangan Dan Bakal Pengantin Sering Pening-Pening Dan Stress?

                      Haaa! Kenapa ye jadi pening-pening dan stress?

                      Sedangkan majlis kahwin ni nak kena happy-happy.

                      Kenapa?


                      Dari pengalaman kami yang dah berbelas tahun membantu pasangan atau bakal pengantin, kebanyakan dari mereka ni:

                      1. Sediakan "dokumen-dokumen wajib" untuk memohon kebenaran nikah secara ‘last minit’.

                      2. Ramai pasangan jadikan kursus kahwin perkara yang paling "last" dalam senarai persiapan perkahwinan mereka. Mereka tak ambil kisah tentang proses atau prosedur perkahwinan yang telah ditetapkan oleh setiap Jabatan Agama Islam Negeri. 

                      3. Mereka tak tahu macam mana nak lengkapkan dan hantar borang permohonan nikah secara online sedangkan tarikh nikah sudah dekat. 

                      4. Mereka tak tahu nak rujuk kepada siapa sekiranya mereka "buntu atau tersangkut di tengah jalan" sewaktu nak dapatkan kelulusan nikah.


                      Jadi, bagi elakkan perkara-perkara macam ni terjadi kepada anda & pasangan, eloklah anda dan pasangan sertai kursus kahwin ni lebih awal.

                      Dalam kursus kahwin nanti, anda dan pasangan boleh tanya habis-habis penceramah apa-apa sahaja persoalan atau masalah yang menyebab anda buntu, kurang jelas atau kurang faham. 

                      Malah anda boleh memohon jasa baik untuk menghubungi penceramah atau tenaga pengajar ini walaupun selepas kursus kahwin sudah tamat.

                      Insya-Allah. Biasanya, mereka akan sudi membantu.
                      __________________________________________________________________________________________


                      Jadi, Macamana Nak Daftar Kursus Kahwin Kat Sini?

                      Anda boleh buat macam ni:

                      1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja. Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta.

                      1. Isi borang online kat bawah ni dengan buat pilihan tarikh kursus kahwin anda.

                      2. Masukkan BUTIRAN PELANGGAN - nama, email, handphone dan IC anda.

                      3. Masukkan BUTIRAN PESERTA - kalau sama dengan butiran pelanggan, tick sahaja. Kalau berlainan, isi butiran peserta.

                      4.  PADA BUTIRAN PEMBAYARAN - buat bayaran melalui bank transfer (sama ada perbankan internet atau mesin deposit tunai).

                      5. Mohon anda isi ruang maklumat transaksi dan sertakan "resit atau proof of payment".

                      6. Di ruang PENGESAHAN, tick akuan dan klik "hantar".

                      7. Selepas itu, check email anda untuk lihat pengesahan dan maklumat penting.

                      8. Anda akan terima Whatsapp yang remind anda tentang tarikh kursus kahwin, cara berpakaian, aturcara, masa dan dokumen apa yang anda perlu bawa.

                      9. Untuk rujukan apabila berkomunikasi dengan Admin, mohon anda gunakan "nombor invois". 



                      Jom daftar.


                      Masuk kursus kahwin awal-awal.


                      JOM!


                      Ribuan terima kasih

                      Dari team Kursus Kahwin Batu Caves




                      p.s. Yang masih bujang, solo atau belum nak kahwin pun boleh masuk kursus kahwin ni. Sijil kursus kahwin kan TAK EXPIRED. Simpan elok-elok. Bila nak kahwin, sijil kursus kahwin dah ada.

                      p.p.s Orang-orang dari negeri-negeri lain selain KL macam mana? Boleh join, tak? Apasal pulak tak boleh? Kursus kahwin ini terbuka kepada sapa-sapa sahaja dari seluruh Malaysia. Ini kerana sijil kursus kahwin JAWI ini sah laku untuk digunakan di mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

                      p.p.p.s Ramai muda-mudi atau pasangan telah ambil kesempatan masuk kursus kahwin awal-awal sekarang sewaktu UJIAN masih belum diwajibkan

                      ________________________________________________________________________


                      Mohon anda lihat dan pilih tarikh kursus kahwin dan seat yang available (real time) di bawah.

                      Nota: 1 pendaftaran untuk 1 peserta sahaja (untuk elakkan SPAM). Kalau 2 peserta, buat pendaftaran 2 kali. Dan seterusnya ikut jumlah peserta.



                      __________________________________________________________________________________________


                      TIADA REFUND akan diberikan sekiranya: 

                      1. Ada "pembatalan last minit" atau "penangguhan last minit" (dalam masa 24 jam dari tarikh kursus yang didaftar). 

                      Atau

                      2. TIDAK HADIR atau TIDAK SERTAI kursus yang telah didaftar TANPA sebarang makluman kepada Admin sebelum 24 jam dari tarikh kursus .

                      Atau

                      3. Memaklumkan ketidakhadiran "SELEPAS" sesi kursus kahwin yang didaftar telah tamat atau telah berlangsung.

                      _______________________________________________________________________________


                      Permit Penganjuran JAWI:

                      Siarra Ventures (SA0295249-H)




                      Payment gateway dan payment processing:

                      AFA Bizventures PLT (LLP0008397-LGN)